SELAMAT DATANG

Sunday, 2 March 2014

DAKWAH VS ISLAH

Kita sering mendengar suruhan berdakwah. Bila nampak orang pakai jubah dan serban, orang memberi persepsi itulah geng-geng dakwah. Bila melihat orang islam melakukan kesilapan dan tidak mengikut syariat islam, kita kata kita perlu berdakwah kepadanya. Adakah kita benar-benar faham maksud dakwah itu? Adakah kita berlaku ‘adil’ pada istilah dakwah itu? Maksud adil di sini adalah sama ada kita menggunakan istilah itu pada tempatnya atau tidak. Kita hanya sering mendengar dan menggunakan perkataan dakwah dalam percakapan kita sehingga bercampur makna dengan islah. Adakah ianya berbeza?

Memahami definasi
Ramai orang hari ini silap menggunakan istilah pada tempatnya. Ini boleh dikira satu kezaliman kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya!hehe.. Untuk memastikan kita menggunakan istilah ini dengan tepat,maka kena fahami dahulu apakah maksud dakwah, islah dan tarbiah.

Mengikut Adam Abdullah al-Auri dalam kitabnya Tarikh al-Dakwah al-Islamiyah baina al-Ams ila al-Yaum menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran manusia kepada pandangan dan pemikiran yang berdasarkan akidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusia daripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya.

Mudah katanya, dakwah itu adalah satu usaha mengajak mereka yang tidak kenal Tuhan untuk mengenali Tuhan yang sebenarnya iaitu Allah SWT. Dari kesesatan ke arah kebenaran. Dan gelap kepada cahaya. Dan biasanya penggunaan istilah dakwah ini lebih fokus kepada non-yet muslim dalam mencari kebenaran dan hidayah Allah.

Sekarang masuk kepada perkataan islah. Ianya biasa digunakan kepada mereka yang berusaha dalam memperbaiki diri. Ada pendapat yang mengatakan maksud islah ini adalah pembaikan, pencegahan daripada kerosakan dan pemulihan, perubahan kepada persekitaran yang baik, serta pembaharuan dan pembangunan serta tuntutan untuk mewujudkan perdamaian dan keamanan. Bagi saya perkataan islah ini sesuai ditujukan kepada mereka yang mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik. Sasarannya adalah mereka yang sudah menerima hidayah tetapi mengharapkan taufiq untuk menjadi lebih baik. Ini seiring dengan fitman Allah dalam surah Hud ayat yang ke-88 yang bermaksud:

"Aku tidak berkehendak melainkan melakukan Islah (pembaikan) sedaya-upayaku dan tidak ada taufiq bagiku melainkan daripada Allah. Kepada-Nyalah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku akan kembali."

Maka jika disimpulkan, islah ini lebih kepada penambahbaikan dan sasarannya adalah mereka yang sudah mengenali islam dan dalam proses penambahbaikan.

Methodologi dakwah dan islah
“Eh kau ni, mana boleh paksa-paksa orang dalam beragama. Hendak tegur orang biarlah dengan BERHIKMAH. Dengan lemah-lembut, baru orang nak ikut. Nabi pun berdakwah dengan lemah lembut!!”

Alasan ini sering digunakan oleh mereka yang beragama islam yang tidak mahu menerima teguran yang agak keras. Kononnya mereka perlu diberikan layanan yang istimewa dalam memperbaiki diri mereka. Memang benar dalam menarik orang dalam mengenal agama, kita perlulah membuatkan mereka berasa senang dan tertarik dengan agama. Tetapi jika seseorang itu mengaku dirinya islam, jika tidak solat atau tidak menutup aurat, maka wajib memaksa mereka untuk melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan laranganNya. Berhikmah bukan bermaksud dengan lemah lembut semata tetapi perlulah kena pada tempatnya. Kalau anak kecil yang berusia 10 tahun tidak bersolat pun boleh dirotan, apatah lagi mereka yang sudah dewasa. Ingat, tugas nabi bukan hanya menyampaikan berita gembira kepada kita malahan memberi peringatan yang keras akan azab-azab Allah jika kita tidak mengikutinya!

Kesimpulan
           Apa yang boleh dirumuskan di sini adalah dalam menarik manusia untuk mendekati islam, pendekatan dakwah yang lemah-lembut dan menyenang amat diperlukan tetapi dalam mengislahkan manusia yang sudah sedia beragama islam ini, pendekatan paksaan boleh dilakukan dalam mendidik mereka. Malangnya, di Malaysia ini urusan dakwah kepada non-yet muslim dipersulitkan tetapi mengislahkan umat islam pula diberi keringanan. Maka berlakulah kerosakkan dalam menyebarkan dan pengamalan agama islam hari ini. Maka muhasabahlah diri kita sama ada kita ini perlu didakwahkan atau diislahkan. WaAllahua’lam… 

Sahabat Ku~

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...