SELAMAT DATANG

Wednesday 27 July 2011

KEMERDEKAAN BUKAN KEBEBASAN: Hargai Perjuangan Mereka

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim pembuka bicara. Assalamualaikum doaku buat semua.

Alhamdulillah atas nikmat yang telah diberikan kepada kita. Kehidupan, kelapangan, keamanan dan yang paling utama nikmat iman dan islam. Sebelum meneruskan perbincangan untuk kali ini, marilah kita bersalawat keatas junjungan Baginda saw yang kita kasihi. Semoga memperolehi syafaatnya di akhirat kelak.

          InsyaAllah dengan izinNya untuk tahun ini kita akan merasai dua perkara yang besar di negara kita pada bulan yang sama iaitu bulan kemerdekaan dan ramadhan. Semoga pertembungan dua peristiwa ini serentak tidak akan melunturkan semangat malah menaikkan lagi semangat patriotik dalam diri masyarakat atas barakah yang dibawa oleh ramadhan kali ini. Jadi bersempena sambutan bulan kemerdekaan kali ini, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang isu kemerdekaan ini yang semakin lupus dalam jiwa anak muda hari ini.



PERJUANGAN MENUNTUT DAN MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN NENEK MOYANG KITA

Dalam menuntut kemerdekaan, tangisan air mata dan darah mengalir dalam menahan derita yang dilalui. Harta dan masa yang dikorbankan pula bukan sedikit. Ada yang sanggup menggadaikan tanah dan emas untuk mendapatkan kemerdekaan. Matlamatnya hanya satu, membangunkan bangsa dan negara yang berdaulat. Tiada perasaan dengki dan iri hati dalam perjuangan. Kesabaran dan kerasional dalam berfikir dan mengambil tindakan dalam menjamin setiap tindakan adalah yang terbaik untuk generasi kini. Kerjasama dan perpaduan sesama kaum ketika itu amat teguh dalam memperjuangkan kemerdekaan.

                Kesukaran yang dialami bukan sekadar dalam menuntut kemerdekaan. Ia berterusan dalam mempertahankannya pula. Mengejar pembangunan, membentuk pewaris kepimpinan mentadbir negara dan mempertahankan kemakmuran bukan satu perkara yang mudah. Kekuatan dan semangat yang ada pada nenek moyang kita dahulu begitu tinggi akhirnya ia dapat dikekalkan sehingga hari ini. Sehingga bila ia mampu bertahan??



ORANG MUDA DAN MERDEKA

Ramai dari kita menganggap maksud kemerdekaan adalah kebebasan. Memamg benar apa yang dikatakan tapi tidak semestinya sesebuah negara itu merdeka, maka seluruh isi negara itu bebas. Dan kemerdekaan yang dikecapi mungkin hanya pada diatas kertas sahaja. Walaupun kita sudah merdeka, tidak semestinya kita bebas untuk melakukan apa sahaja yang kita inginkan. Ingatlah bahawa kita masih perlu patuh dengan undang-undang yang telah diperuntukkan.

                Golongan muda hari ini ibarat bebas melakukan apa yang mereka kehendaki. Alasannya kita sudah merdeka. Mereka kata mereka ada hak untuk melakukan apa sahaja. Identiti budaya kian ditinggalkan. Semangat patriotik kian lupus dalam diri. Memikirkan kesenangan dan kehendak diri. Adakah itu yang dimaksudkan dengan merdeka? 

DIJAJAH KEMBALI

Tidak mustahil perkara ini akan berlaku. Mungkin kita tidak akan dijajah secara fizikal. Tapi sedarkah kita bahawa kita telah dijajah secara mentaliti? Lihatlah yang berlaku hari ini. Anak muda mengagungkan budaya barat dan ciri asal ketimuran diabaikan. Mungkin kita tidak fikir kesannya adalah terlalu besar, tetapi dari kesan yang kecil inilah sesuatu perkara yang besar boleh berlaku. Melemahkan pemikiran dan semangat jati diri antara strategi penjajah zaman kini yang akhirnya boleh membuatkan kita dijajah kembali.

Dulu pernah duduk bersembang dengan pakcik-pakcik selepas gotong royong di surau. Mereka berbicara mengenai politik di Malaysia ini. Kerisauan mereka akan generasi kini jelas terpampang di wajah mereka. Seorang pak cik bertanya,”apakah persediaan anak muda jika tiba-tiba diserang? Mampukah kamu bertahan? Dengan ramainya penagih, mat rempit dan  penjenayah hari ini apakah ini dapat membantu? Pencakaran sesama sendiri( terutama orang melayu) membuatkan generasi masa hadapan gelap sinarnya untuk terus mempertahankan kemerdekaan”. Kata-kata yang membuatku tersedar dari lenaan. Apakah yang mampu ku sumbangkan sebenarnya dalam memastikan negara tidak terus dijajah?

Semangat juang anak muda kini terlalu rendah. Yang mereka minta pelbagai perkara untuk kepentingan diri mereka. Perjuangan yang tidak releven sebenarnya. Mungkin sudah lama berasa senang dan selesa. Asyik mengejar kesenangan dan mengharapkan ia hadir tiba-tiba sahaja. Tidak kenal makna pengorbanan yang telah dilakukan pejuang terdahulu. Maka beginilah jadinya. Sanggup menjadi hamba untuk mencapai matlamat masing-masing. Ingatlah bahawa kitalah pewaris bumi Allah ini kelak. Ingatlah bahawa bukan kita sahaja yang akan duduk di negara ini. Kita masih ada anak cucu yang masih memerlukannya. Andai bukan kita sapa lagi yang akan mempertahankannya?

MERDEKA JIWA HAMBA

Bagi saya sebenarnya merdeka bukan bererti kebebasan mutlak yang seperti mana kita sentiasa dengar iaitu melakukan apa sahaja yang kita suka. Mungkin apa yang boleh saya terjemahkan merdeka adalah bermaksud kemampuan atau hak yang diberikan kepada kita dalam menentukan apa yang kita mahukan tetapi perlulah berlandaskan apa yang telah ditetapkan. Nampak sama mungkin ada maksud yang berbeza. Walau kita mungkin berasa bebas untuk melakukan apa sahaja, tapi sebenarnya kita perlu mengikut apa yang telah ditetapkan. 

Walaupun kita diberi kebebasan, ingatlah kita masih lagi seorang hamba. Hamba padaNya. Masih ada yang perlu kita patuhi. Seseorang yang benar-benar menghargai kemerdekaan yang dikurniakan akan mengekalkan identiti asal siapakah diri mereka sebenarnya, mengikut apa yang telah ditetapkan atas ‘kemerdekaan’ yang telah diberi dan akan sebaik mungkin mempertahankannya mengikut matlamat asal. Sebaik-baik merdeka adalah mereka yang memerdekakan dirinya dari terpengaruh daripada sebarang anasir yang negatif.


SAMPAI BILA AKAN MERDEKA??

Sedih melihat semangat perjuangan remaja kini kian luntur. Yang ada pula semakin lari dari sasaran sebenar. Kita pewaris generasi akan datang penentu segalanya. Takkan kita mahu dijajah kembali. Bantulah dalam membangunkan negaramu. Hindari dari pertelingkahan dan pergaduhan. Bersatulah. MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA...ALLAHUAKBAR~

WaAllahua’lam,wasalam...

p/s:dah lama nak tulis pasal perkara ini. tiba-tiba idea hilang pula.dah 3 hari tak lepas nak post. jadi segala kekurangan mohon maaf la ya ~,~"

Wednesday 20 July 2011

RAYA DIDAHULUKAN PUASA DIUTAMAKAN??_ Sikap Orang Kita

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim. Assalamualaikum wbt dan apakhabar iman kalian hari ini? Bertambah baik atau masih ditakuk yang lama? Semoga hari ini lebih baik dari semalam : )

InsyaAllah tidak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan yang telah lama kita nanti-nantikan. Bulan yang penuh rahmat dan barakah. Bulan yang dimana umat islam akan berpuasa selama sebulan sebelum menyambut kedatangan syawal pula. Untuk kali ini saya berminat untuk membincangkan bulan yang akan kita sambut tidak lama lagi. Tajuk ini saya terlintas di fikiran selepas membaca naskah I LUV ISLAM keluaran minggu lepas(15 Julai 2011). Jadi mari kita lihat bagaimana sambutan masyarakat islam di Malaysia menyambut dua bulan(ramadhan dan syawal) ini_berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya. Selamat membaca dan renungkan~~

BULAN PENYUCIAN DIRI



Seperti yang kita sedia maklum, bulan ramadhan ini terkandung pelbagai fadhilat didalamnya. Andai harta disucikan dengan berzakat dan dosa disucikan dengan bertaubat, maka ramadhan inilah bulan pemantapan dan penyucian jiwa. Abu Hurairah menyatakan : 

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

Di sini kita dapat lihat pada bulan ramadhan inilah peluang kita untuk memperbanyakkan amal kerana pada masa ini syaitan-syaitan telah diikat. Pada bulan ini jugalah kita boleh memohon doa kerana pintu-pintu syurga telah dibuka seluas-luasnya. Dalam menguji keikhlasan, ketakwaan dan kepatuhan diri, pada bulan ramadhan ini juga landasan yang boleh kita gunakan. Kenapa? Kerana ibadah puasa ini adalah hanya kita dan Allah sahaja tahu. Dan pada bulan ini banyak larangan yang telah dikemukan bagi mengekang nafsu kita. Ini tertulis dalam satu riwayat daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:

Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Sesungguhnya fadhilat berpuasa ini amat besar. Bukan sekadar dapat membentuk diri untuk menjadi lebih baik dan memberi kebaikan pada kesihatan fizikal malahan dengan berpuasa juga, ganjaran daripada Allag swt juga tidak ternilai. Antaranya keampunan bagi hambaNya. Ia telah diriwayatkan dalam satu hadis dimana  Abu Hurairah telah berkata : 

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)



 
Disini saya sertakan sekali dengan adab-adab berpuasa dan solat terawih sebagai tambahan. Bacalah ya!! : )


BULAN KESYUKURAN ATAS KEMENANGAN

Setelah berpuasa sebulan ramadhan, akhirnya saat yang dinanti-nantikan oleh kebanyakkan daripada kita. Pada bulan inilah kita akan meraikan kemenangan setelah sebulan perperang menahan nafsu. Sesungguhnya bulan ini adalah satu hari yang telah digantikan sebagai meraikan kegembiraan oleh umat islam dengan yang lebih baik. Ini terdapat dalan satu hadis Rasulullah saw iaitu:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)

Bulan syawal juga merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk berasa bersyukur atas peluang yang diberikan kepada kita dan kejayaan menempuhinya setelah sebulan berpuasa. Dalam firman Allah swt yang bermaksud: 

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur."   Surah al-Baqarah : 185

Sebagai rujukan cara menyambut Hari Raya, disini saya sertakan pautan yang membicarakan mengenainya: http://komuniti.iluvislam.com/topic/24462-aidilfitri-menurut-sunnah-rasulullah-saw/ 

AMALAN RAKYAT MALAYSIA KEBIASAANNYA

Berbalik pada tajuk persoalan,agak-agaknya kita ni yang jenis bagaimana? Mengharapkan ramadhan datang atau tidak sabar menunggu raya menjelang?hehehe.... Dalam menilai jenis manakah kita, mari kita lihat apakah persediaan yang telah kita lakukan untuk menghadapi kedua-dua bulan ini. Apa yang saya lihat, kebanyakkan dari kita lebih tidak sabar menyambut hari raya kerana ada diantara kita telah bersedia untuk menyambutnya 3 bulan lebih awal!! Percaya atau tidak?? Percayalah.hehehe~

                 Cuba kita lihat di pasar raya besar di Malaysia, masih lama lagi untuk beraya sudah ada jualan untuk raya. Dan mulalah mak cik-mak cik memenuhi kedai-kedai kain memilih kain langsir, baju raya dan lain-lain lagi. Tidak kurang ada yang sudah keluarkan tempahan untuk kuih raya pula. Rumah dicat, bersedia mengambil cuti untuk pulang ke kampung dan lain lain persedian dilakukan. Apakah tuhuan semua ini? Menyambut ramadhan atau syawal? Memang tidak salah untuk kita menyambut hari kemenangan kita dengan sesuatu yang agak meriah tapi adakah kita melakukannya mengikut syarak? Adakah berlaku pembaziran? Sedangkan baju yang lama masih molek dipakai kenapa perlu ditukar? Perabot baru diganti sedangkan yang lama masih boleh digunakan. Dan kadang-kadang yang menyedihkan selepas raya ramai dari kita yang berhutang gara-gara kerakusan menyambut syawal. Bukankah lebih baik duit lebihan yang ada dimanfaatkan untuk sesuatu yang lebih berfaedah. Renung-renungkanlah ya~

    

          Berbalik pada persediaan bulan ramadhan pula,apakah persediaan kita menghadapinya? Puasa yang ditinggalkan sudah diganti? Zakat harta sudah dibayar? Bersediakah untuk berjaga malam? Bersolat terawih? Bertadarus? Menahan nafsu dari terbit fajar sehingga terbenam fajar? Apakah yang telah kita lakukan untuk semua ini? Ada tidak rasanya? Ingatlah bahawa ramadhan datang setahun sekali sahaja. Ganjaran yang diberikan terlalu besar. Tidakkah kita mahu merebutnya? Adakah kita mahu menjadi orang yang rugi kerana melepaskan peluang keemasan ini? Masih belum terlewat untuk bersedia menyambutnya. Jadi saya berharap la kita sama-sama membuat persediaan(peringatan untuk diri sendiri juga).
 
Di Malaysia kebiasaannya kita akan bermaaf-maafan sesama kita pada bulan syawal. Ia agak berlainan di Indonesia. Ucapan maaf disampaikan pada bulan ramadhan. Ini apa yang saya selalu terima dari keluarga angkat disana. Tapi tidak tahulah bagaimana sambutan mereka. Bukan untuk membandingkan tapi sekadar perkongsian pengalaman. Tidak salah pun kerana kita memang digalakkan untuk saling memohon maaf setiap masa. Betul tidak?=)

PENUTUP

Semua ini hanya sekadar perkongsian, ini adalah apa yang saya lihat yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Tidak salah untuk melakukan apa sahaja cuba lebih baik kita lakukan apa yang lebih digalakkan dalam syarak. Saya sedar saya juga salah seorang darinya dari apa yang dikatakan. Kata orang sahaja lebihkan?huhuhu... Apa pun marilah kita sama-sama lakukan persediaan yang sepatutnya agar kita sentiasa memperoleh rahmat dan redhaNya. InsyaAllah~

Maaf atas segala kekurangan.WaAllahua'lam.Wassalam~

KESILAPAN FESYEN SEORANG MUSLIM Isbal

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim. Assalamualaikum wbt buat teman seperjuangan semua. 

Pertama kalinya kita panjatkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaNya masih lagi memberi kita peluang menghirup udara di bumiNya ini. Alhamdulillah. Semoga kita dapat mengambil kesempatan yang diberikan ini untuk memenuhi bekalan untuk perjalanan yang jauh kelak.  Salawat dan salam kepada pemimpin agung kita, Rasulullah saw dan juga juga pada pejuang-pejuang sebelum kita yang telah berkorban memperjuangkan islam yang kita nikmati hari ini. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka. InsyaAllah.

Untuk kali ini saya berminat untuk membincangkan satu perkara yang amat jarang sekali didengari dan semakin diabaikan oleh umat islam hari ini. Ia berkisarkan tentang satu aturan pemakaian dan mungkin lebih mudah dikatakan satu ‘fesyen’ yang sepatutnya diamalkan oleh kita(untuk kaum adam,bukan kaum hawa tau!!) iaitu mengenai ISBAL. Kita sering bincangkan fesyen orang perempuan dan kurang menyentuh hal fesyen lelaki. Sebelum membincangkan perkara ini, terlebih dahulu saya sertakan artikel yang menceritakan lebih jelas mengenainya. Selamat membaca!!

_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Posted by Farid Ma'ruf pada 13 Januari 2007
Publikasi 16/06/2004
hayatulislam.net – Soal: Ustadz yang terhormat, saya mau nanya tentang hukum isbal. Ada sebagian orang yang mengatakan bahwa isbal dianggap salah satu dosa besar yang diancam dengan ancaman yang keras. Mohon penjelasannya.

Jawab: Dari Ibnu ‘Umar diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda:
Barangsiapa memanjangkan pakaiannya karena sombong, maka Allah tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” Kemudian Abu Bakar bertanya, “Sesungguhnya sebagian dari sisi sarungku melebihi mata kaki, kecuali aku menyingsingkannya.” Rasulullah Saw menjawab, “Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu karena sombong.” [HR. Jama’ah, kecuali Imam Muslim dan Ibnu Majah dan Tirmidizi tidak menyebutkan penuturan dari Abu Bakar.]

Dari Ibnu ‘Umar dituturkan bahwa Rasulullah Saw telah bersabda:
Isbal itu bisa terjadi pada sarung, sarung dan jubah. Siapa saja yang memanjangkan pakaiannya karena sombong, maka Allah swt tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” [HR. Abu Dawud, an-Nasa`i, dan Ibnu Majah]

Kata khuyalaa’ berasal dari wazan fu’alaa’. Kata al-khuyalaa’, al-bathara, al-kibru, al-zahw, al-tabakhtur, bermakna sama, yakni sombong dan takabur.

Mengomentari hadits ini, Ibnu Ruslan dari Syarah al-Sunan menyatakan, “Dengan adanya taqyiid “khuyalaa’” (karena sombong) menunjukkan bahwa siapa saja yang memanjangkan kainnya melebihi mata kaki tanpa ada unsur kesombongan, maka dirinya tidak terjatuh dalam perbuatan haram. Hanya saja, perbuatan semacam itu tercela (makruh).”

Imam Nawawi berkata, “Hukum isbal adalah makruh. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Syafi’iy.

Imam al-Buwaithiy dari al-Syafi’iy dalam Mukhtasharnya berkata, “Isbal dalam sholat maupun di luar sholat karena sombong dan karena sebab lainnya tidak diperbolehkan. Ini didasarkan pada perkataan Rasulullah Saw kepada Abu Bakar ra.

Namun demikian sebagian ‘ulama menyatakan bahwa khuyala’ dalam hadits di atas bukanlah taqyiid. Atas dasar itu, dalam kondisi apapun isbal terlarang dan harus dijauhi. Dalam mengomentari hadits di atas, Ibnu al-‘Arabiy berkata, “Tidak diperbolehkan seorang laki-laki melabuhkan kainnya melebihi mata kaki dan berkata tidak ada pahala jika karena sombong. Sebab, larangan isbal telah terkandung di dalam lafadz. Tidak seorangpun yang tercakup di dalam lafadz boleh menyelisihinya dan menyatakan bahwa ia tidak tercakup dalam lafadz tersebut; sebab, ‘illatnya sudah tidak ada. Sesungguhnya, sanggahan semacam ini adalah sanggahan yang tidak kuat. Sebab, isbal itu sendiri telah menunjukkan kesombongan dirinya. Walhasil, isbal adalah melabuhkan kain melebihi mata kaki, dan melabuhkan mata kaki identik dengan kesombongan meskipun orang yang melabuhkan kain tersebut tidak bermaksud sombong.

Mereka juga mengetengahkan riwayat-riwayat yang melarang isbal tanpa ada taqyiid. Riwayat-riwayat itu diantaranya adalah sebagai berikut:
Angkatlah sarungmu sampai setengah betis, jika engkau tidak suka maka angkatlah hingga di atas kedua mata kakimu. Perhatikanlah, sesungguhnya memanjangkan kain melebihi mata kaki itu termasuk kesombongan. Sedangkan Allah SWT tidak menyukai kesombongan.” [HR. Abu Dawud, an-Nasa’i, dan at-Tirmidzi dari haditsnya Jabir bin Salim].

“Tatkala kami bersama Rasulullah Saw, datanglah ‘Amru bin Zurarah al-Anshoriy dimana kain sarung dan jubahnya dipanjangkannya melebihi mata kaki (isbal). Selanjutnya, Rasulullah Saw segera menyingsingkan sisi pakaiannya (Amru bin Zurarah) dan merendahkan diri karena Allah SWT. Kemudian beliau Saw bersabda, “Budakmu, anak budakmu dan budak perempuanmu”, hingga ‘Amru bin Zurarah mendengarnya. Lalu, Amru Zurarah berkata, “Ya Rasulullah sesungguhnya saya telah melabuhkan pakaianku melebihi mata kaki.” Rasulullah Saw bersabda, “Wahai ‘Amru, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya. Wahai ‘Amru sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang melabuhkan kainnya melebihi mata kaki.” [HR. ath-Thabarni dari haditsnya Abu Umamah] Hadits ini rijalnya tsiqah. Dzahir hadits ini menunjukkan bahwa ‘Amru Zurarah tidak bermaksud sombong ketika melabuhkan kainnya melebihi mata kaki.

Riwayat-riwayat ini memberikan pengertian, bahwa isbal yang dilakukan baik karena sombong atau tidak, hukumnya haram. Akan tetapi, kita tidak boleh mencukupkan diri dengan hadits-hadits seperti ini. Kita mesti mengkompromikan riwayat-riwayat ini dengan riwayat-riwayat lain yang di dalamnya terdapat taqyiid (pembatas) “khuyalaa’”. Kompromi (jam’u) ini harus dilakukan untuk menghindari penelantaran terhadap hadits Rasulullah Saw. Sebab, menelantarkan salah satu hadits Rasulullah bisa dianggap mengabaikan sabda Rasulullah Saw. Tentunya, perbuatan semacam ini adalah haram.

Berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, yakni perkataan Rasulullah Saw kepada Abu Bakar ra (“Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu karena sombong.”), menunjukkan bahwa manath (obyek) pengharaman isbal adalah karena sombong. Sebab, isbal kadang-kadang dilakukan karena sombong dan kadang-kadang tidak karena sombong. Hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar telah menunjukkan dengan jelas bahwa isbal yang dilakukan tidak dengan sombong hukumnya tidak haram.

Atas dasar itu, isbal yang diharamkan adalah isbal yang dilakukan dengan kesombongan. Sedangkan isbal yang dilakukan tidak karena sombong, tidaklah diharamkan. Imam Syaukani berkata, “Oleh karena itu, sabda Rasulullah Saw, ‘Perhatikanlah, sesungguhnya memanjangkan kain melebihi mata kaki itu termasuk kesombongan.’ [HR. Abu Dawud, an-Nasa’i, dan at-Tirmidzi dari haditsnya Jabir bin Salim], harus dipahami bahwa riwayat ini hanya berlaku bagi orang yang melakukan isbal karena sombong. Hadits yang menyatakan bahwa isbal adalah kesombongan itu sendiri —yakni riwayat Jabir bin Salim—harus ditolak karena kondisi yang mendesak. Sebab, semua orang memahami bahwa ada sebagian orang yang melabuhkan pakaiannya melebihi mata kaki memang bukan karena sombong. Selain itu, pengertian hadits ini (riwayat Jabir bin Salim) harus ditaqyiid dengan riwayat dari Ibnu ‘Umar yang terdapat dalam shahihain….Sedangkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Umamah yang menyatakan bahwa Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong hadir dalam bentuk muthlaq, sedangkan hadits yang lain yang diriwayatkan Ibnu ‘Umar datang dalam bentuk muqayyad. Dalam kondisi semacam ini, membawa muthlaq ke arah muqayyad adalah wajib….”

Dari penjelasan Imam Syaukani di atas kita bisa menyimpulkan, bahwa kesombongan adalah taqyiid atas keharaman isbal. Atas dasar itu, hadits-hadits yang memuthlaqkan keharaman isbal harus ditaqyiid dengan hadits-hadits yang mengandung redaksi khuyalaa’. Walhasil, isbal yang dilakukan tidak karena sombong, tidak termasuk perbuatan yang haram.

Tidak boleh dinyatakan di sini bahwa hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar tidak bisa mentaqyiid kemuthlakan hadits-hadits lain yang datang dalam bentuk muthlaq dengan alasan, sebab dan hukumnya berbeda. Tidak bisa dinyatakan demikian. Sebab, hadits-hadits tersebut, sebab dan hukumnya adalah sama. Topik yang dibicarakan dalam hadits tersebut juga sama, yakni sama-sama berbicara tentang pakaian dan cara berpakaian. Atas dasar itu, kaedah taqyiid dan muqayyad bisa diberlakukan dalam konteks hadits-hadits di atas. [Tim Konsultan Ahli Hayatul Islam (TKAHI)] 




_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-

Cuba kita renung kembali, berapa ramai yang mengambil perhatian tentang gaya ini? Ingat, ini bukan bermaksud perlu pakai seluar pendek tapi ia adalah pemakaian diantara pertengahan betis sehingga atas buku lali. Inilah masalah yang berlaku hari ini. Dunia sudah terbalik. Yang perempuan disingkatkan kainnya manakala yang lelaki dilabuhkan seluarnya. Sungguh bijak orang kafir menipu umat islam dengan helah berfesyen ini.  Memang tidak dinafikan saya sendiri kadang kala mengikut berpakaian sebegini. Terpaksa. Tapi biasanya saya melabuhkan seluar apabila memakai kasut sahaja tau. Lain-lain masa jarang la.:(

Mengamalkan isbal satu hal. Lagi satu hal ada yang memperli jika kita 'berseluar senteng' ni. Ada seorang sahabat yang selalu berpakaian begini tidak kira masa. Yang sedihnya ada yang menghinanya dengan mengatakan “baru balik sawah ke bang??”. Ada ke patut? Sudah la tidak tahu hukum  tentang perkara ini lepas itu hina-hina orang pula.ish..ish..ish..(p/s: kesimpulannya tidak baik hina orang takut kita yang silap nanti.kalau menegur tidak apa kerana mungkin kita akan dijelaskan kenapa mereka melakukan sesuatu perkara itu).

Akhir kata, marilah kita mengubah kembali amalan yang sepatutnya yang kita amalkan yang telah dipesongkan zaman ini agar kita lebih mengikut ajaran yang sebenar. Ingat, hukum isbal ini makruh jika tidak diamalkan. Jadi bukankah lebih baik kita mengikut apa yang telah ditetapkan. Betulkan yang telah terbiasa dan biasakan yang betul. Selamat beramal~

WaAllahua'lam. Wassalam : )

Tuesday 19 July 2011

ANTARA KESELESAAN, SAF DAN PERPADUAN _Semakin Diabaikan…

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang. Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi atas Rahman dan RahimNya masih mengurniakan kita keamanan,ketenangan dan pelbagai nikmat dan yang paling besar iaitu nikmat iman dan takwa. Semoga nikmat ini dapat dikecapi selamanya dengan izinNya. Dengan izinNya juga akhirnya berjaya juga saya menulis satu lagi tajuk yang telah lama saya ingin bincangkan bersama iaitu tajuknya: ANTARA KESELESAAN, SAF DAN PERPADUAN.

 APA YANG DIFAHAMI MAKSUD KESELESAAN, SAF DAN PERPADUAN??

Sebelum mengorak langkah lebih jauh lagi, mungkin kita perlu faham dulu makna perkataan yang ingin kita bincangkan ini. Jika ditanya apakah erti keselesaan dalam hidup kita? Mungkin dalam fikiran kita berfikir akan ketenangan, aman, tidak terhimpit oleh sesuatu dan lain-lain yang seerti dengannya. Kita selalu merasakan keselesan ini satu nikmat yang tidak ternilai dan tanpa kita sedari sering merasa selesa membuatkan kita lemah dan lalai hanyut dengan nikmat ini.

            Saf mungkin boleh dimaksudkan dengan barisan. Dan yang ingin difokuskan disini adalah saf solat berjemaah. Sesungguhnya kepentingan membetulkan saf itu amat penting dalam solat. Pada zaman dahulu, Rasulullah amat menitikberatkan saf dengan memperbetulkannya sebelum bersolat. Dalam satu hadis Rasulullah yang bersabda:

“Luruskanlah saf kamu ketika solat, sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku” (Hadit riwayat Imam Bukhari)

Rasulullah juga menegaskan dalam sabda Baginda lagi yang bemaksud:

"Jangan tinggalkan ruang kepada syaitan". HR Ahmad (no: 5724) dan Abu Daud (no: 666)

Di sini jelas menunjukkan betapa Baginda saw amat menekankan akan pentingnya meluruskan saf dalam solat berjemaah. Jadi kenapa amat ditekankan akan pentingnya perkara ini? Kita akan bincangkan selepas ini(jadi baca sampai habislah ya~)

bersatu kita teguh,bercerai kita roboh~
Perpaduan. Ungkapan yang sering dilaungkan dalam menyatupadukan sesuatu rumpun. Di Malaysia, slogan 1 Malaysia menjadi ‘trendmark’ dalam melambangkan perpaduan. Pentingnya perpaduan ini dapat dilihat dalam kiasan melayu-bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Dalam islam juga amat mementingkan perpaduan kerana disitulah kekuatan pembinaan ummah.

APA KAITANNYA?-Masalah Umat Islam Hari ini

KESELESAAN DAN SAF
ini yang sebetulnya
ini yang sering dilakukan

Tidak tahu nak kata macam mana kaitannya. Jadi mungkin akan menceritakan apa yang pernah saya lalui yang berkaitan dengannya. Akibat asyik sangat merasa selesa, akhirnya kita juga mencari keselesaan dalam bersolat. Mencari jalan paling mudah dalam melaksanakannya. Tidak terkecuali dalam membentukk saf jemaah ketika bersolat. Ada satu hari ketika solat berjemaah di surau, saya biasanya akan sentiasa membetulakn saf terlebih dahulu. Jadi akan berdiri serapat yang mungkin agar bahu dan tumit tersentuh(seperti yang diajarkan berdiri dalam saf). Yang menjadi masalahnya yang berdiri disebelah ini semakin jauh pula. Hendak kata busuk diri ini, tiap kali sebelum solat akan mandi. Pakai minyak wangi lagi. Bukan berlaku pada diri ini sahaja, kadang-kadang lewat sampai berjemaah, perasan juga saf tidak dirapatkan sebetulnya(maknanya bukan ada sebarang masalah la kat diri ini). Ada yang boleh masuk lagi dicelah mereka. Penat imam ingatkan supaya rapat dan luruskan saf sebelum solat. Arahan itu seperti tidak diperdulikan oleh jemaah pula.ish..ish..ish..

Jadi apa kaitannya keselesaan dengan saf jemaah? Akhirnya persoalan ini akan dijawab. Beberapa hari yang lalu ketika membetulkan saf untuk solat, ada seorang pak cik yang menegur, ‘haish,sana la sikit.kan banyak lagi ruang tu.tak selesa la’. Eh,bukan imam suruh rapat-rapat ke? Belum bersentuh lagi kot bahu dengan bahu dah suruh jarakkan sedikit. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Barisan saf tidak dirapatkan demi mendapatkan keselesaan sedangkan itulah(merapatkan saf) yang diajarkan oleh Baginda saw yang perlu kita lakukan. Mungkin inilah yang berlaku apabila sudah asyik berada dalam ‘zon selesa’ sejak dari dulu sehingga semua benda hendak selesa:(

SAF DAN PERPADUAN

Perpaduan yang teguh sesama kita

Apa yang boleh kita lihat tentang perpaduan kita hari ini? Kian hari kian rapuh. Masing-masing sibuk dengan urusan diri mereka sendiri. Hidup di dunia mereka sendiri tanpa memikirkan akan orang lain. Yang lebih teruknya perpecahan umat hari ini akibat dari perbezaan ideologi politik dan pemikiran masing-masing yang saling berselisih dan bertelingkah. Jika dilihat dari kaitannya dengan tajuk yang dibincangkan, ia sebenarnya menunjukkan bukti bahawa tidak menjaga saf juga salah satu punca berlakunya perpecahan hari ini.Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :

Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

            Pernah terjadi dahulu satu kes dimana akibat perbezaan ideologi politik, satu jemaah solat dipimpin oleh dua orang imam. Maka terbahagilah saf kepada dua bahagian. Ini juga menunjukkan bukti tanpa perpaduan juga menyebabkan saf jemaah kita rosak. Bagaimana umat islam dapat berubah jika perkara begini berlaku? Mana mungkin islam dapat berkuasa semula jika umatnya berpecah-belah? Ada satu kenyataan orang yahudi juga mengaitkan perpaduan umat islam ini boleh dilihat dari saf subuhnya. Jika saf subuhnya seperti saf solat jumaat, maka habislah mereka. Di sini kita dapat lihat bagaimana kaitan saf, perpaduan dan kekuatan umat islam itu. Selain itu juga ada kisah yang menceritakan akan musuh islam gentar apabila melihat saf umat islam yang mantap dan akhirnya berundur dari berperang. Ambillah iktibar akan kepentingan membetulkan saf kerana khuatir mengabaikan perkara ini memdatangkan kesan buruk kepada kita. Sabda Rasulullah S.A.W,

“Hendaklah kamu luruskan saf-saf kamu atau Allah akan perselisihkan antara wajah-wajah kamu..”( Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu dawud, Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)

KESIMPULAN

Ada orang kata perkara ini benda remeh sahaja. Tidak perlu dikecohkan sangat akan perkara ini. Tapi cuba kita fikirkan kembali, jika perkara yang kecil kita tidak mampu ubah, bagaimana perkara yang besar mampu diubah. Dan ingatlah perkara yang besar itu bermula dari yang kecil. Jadi marilah kita sama-sama perbetulkan apa yang sudah menjadi kebiasaan dan biasakan perkara yang betul. Kembalilah pada jalan yang sebenarnya. Lurus dan rapatkan saf anda: )

p/s:kalau ikutkan panjang lagi nak cerita.tapi masa tidak mengizinkan.maaf atas segala kekurangan. Masih kurang ilmu di dada:(

Sunday 17 July 2011

TIDAK KENAL MAKA TAK CINTA_Man Ana? (bahagian 1)

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikan untuk meneruskan ‘perjuangan’ hidup ini. Terlebih dahulu salawat dan salam atas junjungan Rasulullah saw yang amat kita kasihi. Sejak mula berkecimpung dalam kegiatan menulis blog ini, pelbagai idea yang hendak ditulis untuk dikongsikan. Tapi sabar dulu. Sebelum melangkah lebih jauh, mungkin lebih molek saya memperkenalkan diri ini dahulu. Bak kata pepatah,tidak kenal maka tak cinta(bukan jiwang-jiwang yer…). 

Untuk sesi perkenalan bahagian pertama ini, mungkin saya akan memperkenalkan diri secara luaran sahaja. Apa yang tersirat di hati sejarah lampau insyaAllah akan disambung pada bahagian seterusnya. Berikut adalah butiran fizikal mengenai diri ini : )

BIODATA DIRI:
Nama                                      : Muhamad Firdaus Bin Othmarani
Tarikh Lahir                           : 18 Jun 1991
Tempat Lahir                         : Kg Chamek, Kluang, Johor
Alamat rumah                        : No 725, Jalan Seri Pagi 14/1, Taman Seri Pagi, 
                                                70450 Senawang, Negeri Sembilan
Hobi                                       : Bersiar-siar(Memerhati keadaan sekeliling), melayari internet
Makanan Kesukaan             : Apa-apa yang halal lagi baik(tapi ada alergi makanan juga sebenarnya.huhu)
Cita-cita                                 : Pemimpin yang mampu memberi manfaat kepada orang lain
e-mail                                     : muhd91@yahoo.com.my
Status                                    : Bujang ( dalam usaha menukar status.hehe..)
Adik-beradik                         : Anak kedua dari lima orang adik beradik

LATAR PENDIDIKAN:
 
Tadika ABIM Paroi (1997)

SEKOLAH RENDAH
-Darjah 1               : Sekolah Kebangsaan Paroi Jaya-Negeri Sembilan (1998)
-Darjah 2 & 3         : Sekolah Kebangsaan Kem Terendak-Melaka (1999-2000)
-Darjah 4               : Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya-Negeri Sembilan (2001)
-Darjah 5-6            : Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi-Negeri Sembilan (2002-2003)

SEKOLAH MENENGAH
-Tingkatan 1-5       : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi-Negeri Sembilan(2004-2008)

-Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2009/2010)

-University Utara Malaysia (2010-Kini)

*tidaklah sepandai mana untuk masuk sekolah yang bagus-bagus. walau apapun, Alhamdulillah dah masuk universiti. :)


Mungkin sekadar ini sahaja dahulu kisah latar belakang mengenai diriku. InsyaAllah akan bercerita lebih lanjut mengenai diri ini dalam penulisan yang akan datang. Jadi selalulah ikut blog ini ya!!(^,^)/

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami sudah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenalan (beramah mesra). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." (Surah al-Hujarat: 13).

Semoga dengan perkenalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan membawa kepada kebaikan bersama. Salam ukhwah buat semua teman-teman. :)



wasalam~



Saturday 16 July 2011

MUKADIMAH: Perasmian Blog Terbaru :)

BISMILLAHI AR-RAHMAN AR-RAHIM

Dengan nama Allah yang maha Pemurah dan maha Pengasih,salawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah saw yang telah banyak berkorban dalam memperjuangkan menyebarkan syiar islam. Semoga islam akan terus berkekalan di bumi Allah ini.

Pertama kalinya saya rasa berbesar hati dan bersyukur atas nikmat yang telah diberikan atas kesempatan untuk saya memulakan langkah pertama dalam menulis blog saya yang terbaru ini:Mata Hati Seorang Musafir. Sebelum ini ada juga buat blog tapi cuma mengisi hasil karya orang sebagai simpanan sahaja. InsyaAllah untuk blog kali ini adalah hasil karya dari diri sendiri =)

Sebelum ini memang sudah lama terasa ingin membuat penulisan sendiri cuma dulu masih kurang yakin untuk mengarang. Biasalah, ilmu tidak sebanyak mana. Tidak tahu apa yang ingin dikongsikan. Tapi Alhamdulillah diberi kekuatan untuk melaksanakannya juga. Jika kita tidak memulakan sesuatu bagaimana mungkin ia akan wujudkan? Anggaplah ini satu langkah untuk memperbaiki diri dan menyebarkan hasrat dihati ini.hehehe…

Mungkin buat masa ini masih kurang mahir dalam menulis tapi harap langkah pertama ini akan membuatkan diri ini dapat terus melangkah lebih jauh dalam penulisan blog. Apa yang akan ditulis ini mungkin berkisahkan pengalaman dan pemerhatian dalam kehidupan hari ini. Sekadar perkongsian untuk dikongsi bersama. Jadi saya berharap segala kekurangan dapat ditegur dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Akhir kata, semoga apa yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada bersama. Harap diberi kekuatan untuk meneruskan ‘perjuangan’ ini agar terus kekal tidak seperti yang terdahulu. Harap semua sentiasa menyokong saya. JazakAllah~

Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Semoga kita terpelihara oleh Allah swt dalam perkongsian ilmu ini.waAllahua’lam. 
Assalamualaikum wbt (^,^)/


Dengan lafaz Bismillah,blog ini dirasmikan.

p/s: tulis guna 'skema' je. tapi jangan risau. saya seorang yang terbuka.hehehe~

Sahabat Ku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...