SELAMAT DATANG

Monday 15 July 2013

RASA BERSALAH KERANA DOSA ORANG LAIN

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis  di blog ini. Walaupun sudah sekian lama tidak menulis, akhirnya dibuka pintu hati untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang dirasakan di dalam hati.

Untuk kali ini,saya ingin berkongsi apa yang sering di rasakan di dalam hati. Jika kita lihat hari ini, kita semakin jauh dengan agama kita. Al-Quran dan As-Sunnah bukan menjadi pegangan utama kita. Kita lebih suka merujuk pada pandangan manusia dalam melakukan sesuatu perkara dan akhirnya banyaklah silap dan salah yang kita sering lakukan. Lihatlah hari ini,dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara ada sahaja silap yang kita lakukan. Dari segi pemakaian, dari segi urusan muamalat, adab-adab dalm hidup seharian, politik dan sebagainya. Melihat dosa-dosa yang berada disekeliling kita, apa yang kita rasa di dalam jiwa?


Bersalah

Sejujurnya, bila melihat sesuatu perkara yang bagi saya tidak betul, hati akan terasa tidak selesa.  Pelbagai persoalan bermain di minda. Kadang-kala terfikir,mungkin aku yang salah agaknya. Mungkin apa yang dirasakan silap itu sebenarnya adalah benar. Mungkin ada perkara yang tidak diketahui di sebalik sesuatu perkara. Cuba untuk husnuzon dengan setiap apa yang berlaku. Tapi jika sesuatu perkara itu rasa tidak betul,memang akan rasa bersalah. Kenapa? Sebab bila melihat sesuatu dosa itu, rasa lebih bersalah kerana tidak menegur orang yang melakukan dosa itu dan akhirnya membiarkan dirinya hanyut dengan dosa. Allahu Rabbi..

Ubah?

Bukan senang untuk menegur kesilapan orang lain. Ada beberapa sebab kenapa sukar untuk saya menegur orang lain. Antaranya:
  • Tidak berapa peduli – kalau dulu saya memang tidakpernah kisah sangat dengan orang lain. Kerana sikap dahulu yang tidak berapa peduli sedikit sebanyak mempengaruhi kekuatan untuk menegur orang lain. Tapi serius, bila tidak menegur, akan rasa bersalah pula.huhu..
  •  Tidak petah berhujah – memang kelemahan dari dulu, tidak berapa pandai bercakap sangat. Dan tidak suka bercakap. Jadi malas la nak tegur orang ni.
  • Penerimaan yang ditegur – pernah menegur dan beberapa di kritik semula. Kadang-kadang rasa macam sia-sia untuk menegur orang ni. Bukan nak dengar pun.

Kerana sebab itulah kadang-kadang susah sikit nak menegur orang lain. Walau apapun,insyaAllah berusaha untuk memperbaiki diri ini. Seperti Nabi saw bersabda:

"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."  (HR Muslim).

Kesimpulan


Teringat kata seorang ustaz yang memberitahu bahawa seorang yang beriman akan terasa sedih bila melihat kemungkaran dan berasa gembira bila melihat kebaikan. Jika tidak itu tandanya hatinya sudah mati. Alhamdulillah hati ini masih terasa begitu. Kawan-kawan bagaimana? Semoga kita terus diberikan taufik dan hidayah untuk sentiasa berada di atas landasan iman dan diberikan kekuatan untuk amar makruf nahi mungkar~ 


No comments:

Post a Comment

Sahabat Ku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...