SELAMAT DATANG

Wednesday 17 July 2013

HUMANITARIAN AFFAIRS – HARAPAN, PERANCANGAN DAN TINDAKAN

Assalamualaikum wbt

InsyaAllah pada 1-7 Ogos 2013 ini, saya diberi peluang untuk menghadiri satu symposim di Manila, Philiphina. Ini pun nasib je sebab terpilih masa hari Anugrah Kerana Jasa(AKJ) tahun ni. Inilah hadiahnya,seminar ke luar negara(Alhamdulillah). Bila dapat tawaran ini, tida tahu nak kata bagaimana perasaan ini. Nak pergi atau tidak. Ye la,program habis 7hb,raya tidak silap 8hb. Takut nanti tidak balik beraya di kampong pula.hehe.. Untuk kali ini saya ingin berkongsi sedikit apa yang dirasa sebelum mengikuti program ini.




Harapan

Bila terima tawaran ini,macam-macam berlegar di dalam kepala. Apakah program ini? Untuk apa saja program ini? Apa yang akan diperolehi dalam program ini. Terlintas di dalam minda, mungkin ini peluang untuk lakukan sesuatu. Bangkitkan isu kemanusian di negara-negara islam yang tidak di ambil peduli seperti di Rohingya, Palestine, Syria dan lain-lain. Mungkin jika dapat buat sesuatu, sekurang-kurangnya dapat timbulkan kesedaran pada orang bakal-bakal pemimpin dunia ini untuk lakukan sesuatu. Bukan sahaja kepada yang bukan islam, malah pada yang islam sendiri yang kurang ambil berat mengenai isu ini.

Perancangan

Ini masalah yang dihadapi sekarang. Saya tidak tahu bagaimana ingin menyuarakan perkara ini nanti. Bukan apa,saya ni bukan pandai bercakap orangnya. Lebih-lebih lagi bila kena cakap bahasa inggeris. Memang susah sikit la. Jadi cuba untuk memikirkan alternative lain. Mungkin perlu cara yang lebih interaktif untuk menarik perhatian. Penyampaian mesej yang mampu mempengaruhi audien. Agak-agak macam mana yer?

Apa yang saya rancang, mungkin perlu dapatkan sokongan yang lain untuk buat flash mob. Tarik perhatian orang lain untuk baca mesej-mesej yang telah disiapkan dari awal. Ini antara mesej yang telah dibuat. Tak tau la ok atau tidak.huhu..

This is mean of peace for them...

No colonialism but what we call this??


respect Egypt, save Syria, free Palestine
don't misunderstanding 

Islam the best way~


Jadi bagi sesiapa yang mempunyai cadangan, perkongsian dan harpan yang ingin dibawa,bolehlah berkongsi dengan saya dengan kadar segera. Ye la,untuk buat persiapan awal agar tidak kelam-kabut nanti (barang-barang pun tak kemas lagi ni.lama lagi.hehe..)


Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Sahabat Ku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...