SELAMAT DATANG

Friday 7 February 2014

KENAPA PEREMPUAN TIDAK DIGALAKKAN MELETAKKAN GAMBARNYA DI LAMAN SOSIAL

  • Mungkin bagi kita sekadar meletakkan gambar di laman sosial tidak memberikan apa² kesan pada diri kita. Malah kadang-kala kita berasa bangga dengan gambar² yang dimuat naik untuk tontonan umum. Ada juga yang memberi alasan meletakkan gambar itu hanya sekadar untuk dikenali tetapi tanpa disedari gambar yang dimuat naik itu sebenarnya menarik perhatian orang(terutama lelaki) untuk menatapnya.
    Kenapa hendak kisah jika orang melihat gambar kita? 
    Mungkin bagi kita perkara ini hanya benda biasa sahaja. Tetapi awas,mungkin gambar itu telah menarik perhatian lelaki² yang berhidung belang untuk dijadikan koleksi simpanannya sebagai pemuas nafsu mereka. Dalam kata mudahnya gambar² itu digunakan sebagai alat untuk merangsang nafsu mereka untuk ‘melancap'!! Sanggupkah anda melihat gambar-gambar anda dijadikan modal untuk merangsang nafsu mereka? Tidakkah berasa terlalu rendahnya harga diri seorang wanita bila mana ianya dijadikan seperti itu?
    Saya letakkan gambar yang menutup aurat,salahkah? 
    Memang tidak salah untuk jika gambar itu menutup aurat tetapi yakinkah anda bahawa gambar itu tidak merangsang nafsu lelaki? Nafsu lelaki terhadap wanita amat kuat. Sebab itu dalam satu hadis nabi menyatakan bahawa wanita itu senjata bagi iblis dalam menewaskan seorang lelaki:
    “Aku tidak meninggalkan fitnah bencana yang lebih berbahaya atas kaum lelaki (selain bahaya fitnah) daripada perempuan.” (Al-Fath, hadis riwayat Muslim).
    Kadang-kala gambar yang menutup aurat ini pun akan menarik perhatian lelaki untuk menatapnya. Disini saya berikan satu link video dan page untuk anda nilai sendiri contoh gambar wanita yang menutup aurat pun dijadikan bahan untuk tatapan umum tanpa disedari mereka sendiri. Adakah anda mahu gambar anda menjadi salah satu diantara gambar yang digunakan dalam video seperti ini?
    klik disini bagi menonton video 'wanita melayu bertudung'
    Sesetengah ulama menyatakan bahawa wanita yang memuat naik gambar ini ibarat seorang wanita murahan yang menjual diri mereka kerana perkara ini seperti cuba menarik perhatian lelaki untuk melihatnya. Jika saya sendiri pun langsung tidak berminat pada wanita yang asyik duk memuat naik gambar mereka di laman sosial untuk dijadikan teman hidup (isteri). Akan ditolak (reject) kalau ditegur beberapa kali tak ikut. Kalau rasa nak tunjukkan kecantikan itu pada orang lain, sila cari orang lain la kan? WaAllahua'lam...
    p/s: video tu terjumpa kat youtube. Tak dapat nak sensor muka mereka. Kalau rasa tak patut gambar tu ada kat youtube, buat laporan(report) untuk dipadamkan video tu. Semoga menjadi pengajaran pada wanita di luar sana..

No comments:

Post a Comment

Sahabat Ku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...