SELAMAT DATANG

Tuesday, 19 July 2011

ANTARA KESELESAAN, SAF DAN PERPADUAN _Semakin Diabaikan…

Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang. Assalamualaikum wbt~

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi atas Rahman dan RahimNya masih mengurniakan kita keamanan,ketenangan dan pelbagai nikmat dan yang paling besar iaitu nikmat iman dan takwa. Semoga nikmat ini dapat dikecapi selamanya dengan izinNya. Dengan izinNya juga akhirnya berjaya juga saya menulis satu lagi tajuk yang telah lama saya ingin bincangkan bersama iaitu tajuknya: ANTARA KESELESAAN, SAF DAN PERPADUAN.

 APA YANG DIFAHAMI MAKSUD KESELESAAN, SAF DAN PERPADUAN??

Sebelum mengorak langkah lebih jauh lagi, mungkin kita perlu faham dulu makna perkataan yang ingin kita bincangkan ini. Jika ditanya apakah erti keselesaan dalam hidup kita? Mungkin dalam fikiran kita berfikir akan ketenangan, aman, tidak terhimpit oleh sesuatu dan lain-lain yang seerti dengannya. Kita selalu merasakan keselesan ini satu nikmat yang tidak ternilai dan tanpa kita sedari sering merasa selesa membuatkan kita lemah dan lalai hanyut dengan nikmat ini.

            Saf mungkin boleh dimaksudkan dengan barisan. Dan yang ingin difokuskan disini adalah saf solat berjemaah. Sesungguhnya kepentingan membetulkan saf itu amat penting dalam solat. Pada zaman dahulu, Rasulullah amat menitikberatkan saf dengan memperbetulkannya sebelum bersolat. Dalam satu hadis Rasulullah yang bersabda:

“Luruskanlah saf kamu ketika solat, sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku” (Hadit riwayat Imam Bukhari)

Rasulullah juga menegaskan dalam sabda Baginda lagi yang bemaksud:

"Jangan tinggalkan ruang kepada syaitan". HR Ahmad (no: 5724) dan Abu Daud (no: 666)

Di sini jelas menunjukkan betapa Baginda saw amat menekankan akan pentingnya meluruskan saf dalam solat berjemaah. Jadi kenapa amat ditekankan akan pentingnya perkara ini? Kita akan bincangkan selepas ini(jadi baca sampai habislah ya~)

bersatu kita teguh,bercerai kita roboh~
Perpaduan. Ungkapan yang sering dilaungkan dalam menyatupadukan sesuatu rumpun. Di Malaysia, slogan 1 Malaysia menjadi ‘trendmark’ dalam melambangkan perpaduan. Pentingnya perpaduan ini dapat dilihat dalam kiasan melayu-bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Dalam islam juga amat mementingkan perpaduan kerana disitulah kekuatan pembinaan ummah.

APA KAITANNYA?-Masalah Umat Islam Hari ini

KESELESAAN DAN SAF
ini yang sebetulnya
ini yang sering dilakukan

Tidak tahu nak kata macam mana kaitannya. Jadi mungkin akan menceritakan apa yang pernah saya lalui yang berkaitan dengannya. Akibat asyik sangat merasa selesa, akhirnya kita juga mencari keselesaan dalam bersolat. Mencari jalan paling mudah dalam melaksanakannya. Tidak terkecuali dalam membentukk saf jemaah ketika bersolat. Ada satu hari ketika solat berjemaah di surau, saya biasanya akan sentiasa membetulakn saf terlebih dahulu. Jadi akan berdiri serapat yang mungkin agar bahu dan tumit tersentuh(seperti yang diajarkan berdiri dalam saf). Yang menjadi masalahnya yang berdiri disebelah ini semakin jauh pula. Hendak kata busuk diri ini, tiap kali sebelum solat akan mandi. Pakai minyak wangi lagi. Bukan berlaku pada diri ini sahaja, kadang-kadang lewat sampai berjemaah, perasan juga saf tidak dirapatkan sebetulnya(maknanya bukan ada sebarang masalah la kat diri ini). Ada yang boleh masuk lagi dicelah mereka. Penat imam ingatkan supaya rapat dan luruskan saf sebelum solat. Arahan itu seperti tidak diperdulikan oleh jemaah pula.ish..ish..ish..

Jadi apa kaitannya keselesaan dengan saf jemaah? Akhirnya persoalan ini akan dijawab. Beberapa hari yang lalu ketika membetulkan saf untuk solat, ada seorang pak cik yang menegur, ‘haish,sana la sikit.kan banyak lagi ruang tu.tak selesa la’. Eh,bukan imam suruh rapat-rapat ke? Belum bersentuh lagi kot bahu dengan bahu dah suruh jarakkan sedikit. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Barisan saf tidak dirapatkan demi mendapatkan keselesaan sedangkan itulah(merapatkan saf) yang diajarkan oleh Baginda saw yang perlu kita lakukan. Mungkin inilah yang berlaku apabila sudah asyik berada dalam ‘zon selesa’ sejak dari dulu sehingga semua benda hendak selesa:(

SAF DAN PERPADUAN

Perpaduan yang teguh sesama kita

Apa yang boleh kita lihat tentang perpaduan kita hari ini? Kian hari kian rapuh. Masing-masing sibuk dengan urusan diri mereka sendiri. Hidup di dunia mereka sendiri tanpa memikirkan akan orang lain. Yang lebih teruknya perpecahan umat hari ini akibat dari perbezaan ideologi politik dan pemikiran masing-masing yang saling berselisih dan bertelingkah. Jika dilihat dari kaitannya dengan tajuk yang dibincangkan, ia sebenarnya menunjukkan bukti bahawa tidak menjaga saf juga salah satu punca berlakunya perpecahan hari ini.Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata :

Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, “Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih.” (Hadis Riwayat Muslim)

            Pernah terjadi dahulu satu kes dimana akibat perbezaan ideologi politik, satu jemaah solat dipimpin oleh dua orang imam. Maka terbahagilah saf kepada dua bahagian. Ini juga menunjukkan bukti tanpa perpaduan juga menyebabkan saf jemaah kita rosak. Bagaimana umat islam dapat berubah jika perkara begini berlaku? Mana mungkin islam dapat berkuasa semula jika umatnya berpecah-belah? Ada satu kenyataan orang yahudi juga mengaitkan perpaduan umat islam ini boleh dilihat dari saf subuhnya. Jika saf subuhnya seperti saf solat jumaat, maka habislah mereka. Di sini kita dapat lihat bagaimana kaitan saf, perpaduan dan kekuatan umat islam itu. Selain itu juga ada kisah yang menceritakan akan musuh islam gentar apabila melihat saf umat islam yang mantap dan akhirnya berundur dari berperang. Ambillah iktibar akan kepentingan membetulkan saf kerana khuatir mengabaikan perkara ini memdatangkan kesan buruk kepada kita. Sabda Rasulullah S.A.W,

“Hendaklah kamu luruskan saf-saf kamu atau Allah akan perselisihkan antara wajah-wajah kamu..”( Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu dawud, Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)

KESIMPULAN

Ada orang kata perkara ini benda remeh sahaja. Tidak perlu dikecohkan sangat akan perkara ini. Tapi cuba kita fikirkan kembali, jika perkara yang kecil kita tidak mampu ubah, bagaimana perkara yang besar mampu diubah. Dan ingatlah perkara yang besar itu bermula dari yang kecil. Jadi marilah kita sama-sama perbetulkan apa yang sudah menjadi kebiasaan dan biasakan perkara yang betul. Kembalilah pada jalan yang sebenarnya. Lurus dan rapatkan saf anda: )

p/s:kalau ikutkan panjang lagi nak cerita.tapi masa tidak mengizinkan.maaf atas segala kekurangan. Masih kurang ilmu di dada:(

2 comments:

  1. huh,baru ku tau sebenarnya nak tulis blog ni ssh gak(~,~")

    ReplyDelete

Sahabat Ku~

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...