SELAMAT DATANG

Friday 10 August 2012

PELIHARALAH MARUAH DIRIMU


Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk terus menghirup nafas di dunia ini. Semoga dengan peluang yang diberi ini kita dapat tingkatkan amal dan dapat ambil kesempatan untuk memperbaiki diri kita. Mana tau lagi beberapa saat nyawa kita akan diambil. Dah tak sempat nak buat semua itu. Mana la tau kan..

Baiklah, untuk kali ni saya akan membincangkan mengenai masalah yang semakin berleluasa hari ini. Soal yang berkaitan dengan maruah diri gak la. Tapi lebih fokus pada kaum hawa. Baru-baru ini saya terbaca di facebook mengenai kempen meminta untuk mereport page yang menjatuhkan maruah anak melayu perempuan kita dimana dalam page itu terkumpul koleksi gambar ‘awek-awek melayu’ yang diupload di lawan sesawang.
kempen meminta page yang menyiarkan gambar wanita 

Gambar-gambar tersebar luas

Mungkin ada dari kita tidak perasan dari dahulu lagi perkara ini sudah lama berlaku. Mungkin dulu tiada la sampai buat group di facebook. Tapi gambar-gambar perempuan melayu banyak tersebar di dalam internet. Cuba la tanya pakcik Google sendiri, mesti banyak je gambar yang dia simpan.hehe.. Bukan sahaja gambar awek-awek yang seksi sahaja yang ada dalam koleksi dia, malah yang bertudung pun ada. Dengan kecanggihan teknologi hari ini, gambar-gambar ini yang asalnya menutup aurat tetapi akhirnya ditelanjangkan. Nauzubillah..
gambar yang diubai suai yang mengaibkan wanita

Mungkin kebarangkalian untuk gambar kita dipilih agak kecil. Tapi kalau dah kena, apapun dah tak boleh nak buat. Masa itulah kita pakat kempen boikot sana sini tuk menutup fitnah yang telah terkena pada diri kita. Tidak kurang ada pula yang bangga gambar mereka ditayangkan secara umum. Dalam hati berbisik, “Wow!femesnya aku!!”. Kalau orang yang macam ini memang dah tak boleh buat apa la. Inilah yang berlaku apabila kita berasa bangga dengan kejahilan. Berdoa saja agar dibuka pintu hatinya untuk sedar. Amin.

gambar wanita yang mudah dicari di Google
hiasan-gambar yang diambil digunakan untuk santau

Mengambil kesempatan

“Bodoh punya lelaki. Suka-suka curi gambar orang!”,keluh para wanita apabila melihat gambar-gambar mereka diambil. Nak marah pun dah tak guna. Kita tidak mampu untuk mengawal nafsu diri seseorang. Mereka hanya mengambil kesempatan atas ‘peluang’ yang diberikan. Inilah nafsu lelaki. Walau nafsu laki hanya 1, tapi kecenderungan mereka adalah pada wanita. Dalam satu hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Jadi untuk salahkan mereka 100% pun tak boleh. Kalau tidak diberi peluang, mana mungkin dapat diambil kesempatankan? Kalau sekadar diambil untuk tontonan semata kira ok lagi la, cuma akan dapat dosa sahaja. Bayangkan jika ada yang ambil kesempatan dengan gambar-gambar yang ditayangkan untuk perkara lain seperti melakukan santau? Mahu tidak sengsara kita dibuatnya kan? Jadi jangan salahkan orang semata-mata. 1 jari menuding orang, 4 jari kearah kita balik.

page facebook yang dibuat untuk memuaskan nafsu lelaki  tidak bertanggungjawab
Peliharalah diri sendiri

Jika hendak diri selamat, diri sendirilah yang perlu jaga diri sendiri. Kalau bukan kita sendiri yang jaga, siapa lagikan? Jadi tindakan awal dari diri sendiri amatlah penting. Bukan apa, takut kerana kelalaian yang berpunca diri kita sendiri, bukan sahaja memudaratkan diri kita seorang, malah akan merosakkan orang lain juga. Kalau ditanya pada diri kita sendiri pun tak nak semua ini berlaku pada diri kitakan? Jadi janganlah kita terlalu asyik untuk menunjuk-nunjuk kecantikan yang kita miliki agar kita terpelihara. Beberapa peringatan dari Allah SWT untuk para wanita memelihara diri mereka. Firman Allah SWT:

“..hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah terdahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Di sini kita boleh lihat Allah telah mengingatkan kita agar tidak bertabarruj (menunjuk-nunjuk). Selain itu, sikap berhati-hati perlu ada. Walaupun mungkin kita tidak selalu untuk keluar rumah secara fizikalnya, tetapi dengan teknologi hari ini mampu membuatkan kita ‘bersiar-siar’ dengan hanya melayari internet ke pelbagai tempat (dunia maya). Ini juga merupakan salah satu punca fitnah wanita semakin berleluasa.
kesilapan wanita hari ini dalam menutup aurat

Sambil-sambil tinjau group page yang dibuat, ada juga terbaca komen-komen dari yang join group itu. Ada yang mempertahankan ada gambar di dalam page itu yang menutup aurat. Tapi adakah mereka benar-benar pasti mereka menutup aurat dengan sempurna? Ada juga yang mengupload gambar mereka yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Ingat adakah semua itu tidak dilihat oleh orang lain? Adakah ianya tidak akan menaikkan syahwat lelaki yang melihatnya? Adakah ianya tidak berdosa? Renung-renungkanlah..

Dengan kesempatan ini, saya ingin menasihatilah pada para wanita-wanita yang masih tidak perasan kesilapan mereka. Menutup aurat tidak boleh hanya pada waktu tertentu. Bukan juga sekadar memakai tudung dan ‘membalut’ bahagian yang dikatakan aurat tetapi ada syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan syariah. Secara ringkasnya, antara syarat yang perlu dipatuhi adalah:
  1. Menutup aurat (seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan)
  2. Kain yang digunakan adalah tebal (tidak menampakkan anggota dalaman dan bonggol-bonggol bahagian dalam)
  3. Pakaian yang dipakai adalah longgar. (tidak melekat pada kulit) 
penutupan aurat yang mengikut piawai syariah

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka mengenakan khumur dengan melabuhkan ke atas dadanya, dan janganlah dia menampakkan perhiasannya (aurat)(kecuali kepada mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)


Kesimpulan

Mungkin kita akan kata mereka yang mengambil dan menyiarkan gambar kita secara umum itu yang salah. walaupun dengan alasan untuk menegur. Memang benar, tetapi manakan pohon pohon bergoyang andai tiada anginnya. Selesaikan masalah biarlah dari puncanya. Mahalkan dirimu dari memperagakan dirimu untuk tontonan umum. Jadilah wanita mulia yang memelihara diri mereka dan agama. InsyaAllah kita bukan sahaja selamat di dunia malah akan terselamat di akhirat kelak.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Al Ahzab 33:59)

……………………………………………………………………………………….....................

Baiklah, itu sahaja bebelan saya untuk kali ini. Kalau nak cerita lebih lanjut, memang tidak habislah jawabnya. Hehe.. Saya hanya sekadar mengingatkan sahaja. Mungkin saya tidak layak untuk mengingatkan orang lain. Tapi janganlah lihat siapa yang menyampaikan. Lihatlah apa yang disampaikan. Mohon maaf andai ada kekurangan. Semoga peringatan ini sedikit sebanyak membawa kebaikan pada diri kita semua. InsyaAllah.

Assalamualaikum W.B.T.~

p/s: Semua gambar diambil dari internet.Harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Ku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...